Thursday, September 3, 2009

Badak Berendam


Disebabkan ada inti yg lebih semalam.. arini i try wat badak berendam.. acctually i sndr x penah makan kuih ni. tp mcm tingin je nak mkn bila tgk dish ni dlm blog rozzan.. tp i ada ubah2 skit..
i C&P je ek akak.. thanks ek.

Bahan Inti Kelapa
(refer step dlm recepi kuih ketayap)

Bahan Kuah
1 cwn santan pekat
1 cwn fresh milk
2 helai daun pandan
1 sudu makan tepung beras ( x letak pn x pa coz mmg dah pekat sgt)
½ sudu teh garam atau secukup rasa

Cara:
Satukan semua bahan lalu dikacau atas api sederhana sehingga pekat.


Bahan Kulit
1 1/2 cwn tepung pulut
1/4 cwn tpg gandum
sedikit garam
air secukupnya ( 1/2 - 1 cwn)
sedikit pewarna hijau
sedikit perisa pandan

Cara:
Uli semua bahan tepung. Ambil sedikit adunan; leperkan dan diisi dgn inti kelapa lalu ditutup menjadi sebiji bebola. Buat begini sehingga selesai semua bahan tadi. Sementara itu, didihkan air dalam periuk, masukkan sedikit garam dan daun pandan. Kemudian rebuslah bebola-bebola tadi di dalam air yg sedang mendidih itu. Apabila sudah masak, bebola-bebola tadi akan timbul ke atas. Angkat dan terus bubuh ke dalam kuah yg telah siap. Siramkan kuah hingga menutupi semua bebola-bebola tadi.

2 comments:

3AS said...

semenjak 2 menjak ni dok rajinnya wat kuih melayu...

ila said...

hihihi... besala bulan posa.. mood ada mari...