Tuesday, May 18, 2010

Cheese Cake


Memandangkan ada lebihan cream cheese dlm fridge, so mula la nak wat projek memperabihkannya.. puas la menggeledah umah org dok cr recepi dgn dikna. Finally mcm terpikat je dgn cheese cake kt dapur CMG. Namapk mcm lembut, halus dan gebu je. Resepi asal dr alma (myresepi). Serius mmg sedap & gebu sesangat. ghugi kalu x try. lps ni bole wat lg.. Layan>>>>>

(Resepi ni i C&P je dr umah CMG..)
Bahan A:-
  1. 250 g cream cheese*
  2. 50 g mentega*
  3. 100 ml susu segar*(*dicairkan secara kaedah "double-boiler")
  4. 6 kuning telur
  5. 1 camca besar jus lemon (boleh ganti dgn jus sunquick)
  6. 1/4 camca teh garam
  7. 60 g tepung halus
  8. 20 g tepung jagung

Bahan B:-
  1. 140 g gula halus
  2. 6 putih telur
  3. 1/4 camca teh cream of tartar ( i ganti dgn white vinegar)

Cara membuatnya:-
  1. Bila bahan2 yg dicairkan itu sejuk, masukkan kesemua bahan A dan kacau menggunakan wisk hingga sebati dan tidak berbintil2.
  2. Pukul putih telur hingga kembang, masukkan gula dan cuka dan terus memukul hingga kental.
  3. Satukan no. 1 dgn no. 2, dan gaul hingga sebati. Tuang dalam acuan berukuran 8 inci yg telah digris dan dialas dasar dan tepinya dgn kertas.
  4. Bakar kek menggunakan kaedah "baine-marie" dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 160C, selama 1 jam.
*Kaedah "baine-marie" = bakar dgn cara meletakkan tin berisi adunan ke dalam loyang yg berisi sedikit air panas. Kaedah "double-boiler" = mencairkan bahan dgn cara mengisi bahan2 dalam bekas tahan panas dan meletakkan bekas itu atas air mendidih.

No comments: