Skrg ni anak sedara i ada kt umah i.. tlg i wat research.. hehehe... kira jd RA la ni.. then dia request soh wat blueberry cheese tart.. mula2 dok ceta kt i, dok kata kt ukm tu ada 1 backery wat tart ni sedap sgt.. then, i mcm x phm lg.. then dia kata apa kata kita wat.. ooo, ckp je la nak soh i wat.. hehehe.. tapi km wat sesama la.. dia tlg apa yg patut.. recipenyer i kutip je myresepi.. ni C&P ye.. thanks kat tuan pya resepi . mmg sedap sesangat tart ni... dikna kata lg sedap dr tart kat backery tu.. hehehe...
Bahan-bahan
- Bahan untuk Sweet Pastry:-
- 125 gm mentega / margerin
- 60 gm gula aising
- 1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar
- 240 gm tepung gandum
- Bahan untuk Cheese Filling(inti):-
- 250 gm cream cheese
- 50 gm gula aising
- 20 gm mentega (lembutkan)
- 1/2 sudu besar perahan lemon
- 1 biji telur (gred B)
- Blueberry pie filling
Cara-cara
- Panaskan ketuhar pada suhu 180 C.
- Untuk membuat sweet pastry: -pukul mentega/marjerin dan gula aising sampai creamy. masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit. Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.
- Untuk membuat cheese filling: -pukul cream cheese, mentega dan gula aising till fluffy. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul.
- Sendukkan cheese filling tadi kedalam piping bag dan pipekan kedalam doh tart yang sudah dibakar tadi. Hiaskan diatas dengan blueberry filling dan susun diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau filling tadi nampak macam kering sedikit.
No comments:
Post a Comment