Wednesday, October 21, 2009

Happy 1st Birthday Afif Basyir

Tanggal 14 october maka genaplah umur afif basyir 1 tahun.. cepatnyer rasa.. dh setahun yeeer... hero i yg sorang ni mmg kuat nangis.. hari2 nangis.. sampai2 jiran2 pn dah tahu fe'elnya.. anyhow dlm dok nangis2 tu, cepat plak dia membesar bagai juara.. cerdik plak tu.. pntang kalo tgk ibu&abah bersiap nak kemana2, dia dh ready peluk kaki kita.. nak ikut la tu..
then kalo tgk angahnyer (amin) naik buaian, cepat2 je dia pegi tlg tanggukkan...
So, smbutan kali ni ala kadar je.. alang2 dah nak balik kg mgu tu, so, we all sambut besday dia kat kg la.. i wat kek then mak msk laksa.. simple je kan.. so tgu apa lagi... LAYAN>>>>


besday kek yg i rasa sgt hodoh.. maklumlah tgn i ni kan keras skit.. mmg x pandai nak decorate cantik2.. acctually tu kek coklat kukus i cedok dr blog k.CT. (recepi asal dr dayang jack) then topingnyer plak i guna cream cheese je.. i x sure apa yg silapnya kek ni coz agak keras & kering.. may be i terkukus terlalu lama or terlajak masukkan tepung kot.. tapi.. dlm x bopa sedap sgt tu, abis licin gak.. hehehe..
resepinyer i C&P je ek akak..

Bahan-bahan: (untuk loyang 6 inci)
120 gm tepung naik sendiri + 4 sudu besar serbuk koko (diayak bersama)
4 biji telur gred A
5 1/2 sudu besar susu pekat manis
1/3 @ 1/2 cawan gula pasir (dikisar halus spt gula aising)
200 gm mentega
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara:
1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya dengan api kecil. Sediakan loyang kek dan griskan dengan mentega dan taburkan sedikit tepung.
2. Pukul mentega bersama gula hingga kembang dan berkrim (guna high speed).
3. Masukkan telur sebiji dan pukul lagi hingga sebati. Kemudian masukkan sebiji lagi telur dan pukul lagi. Ulangi sampai habis.
4. Masukkan susu pekat. Putar lagi.
5. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diputar perlahan.
6. Akhir sekali, masukkan esen vanilla. Sebatikan.
7. Tuangkan adunan ke dlm loyang kek dan tutup dengan kertas foil. Kukus selama 50 minit (guna api sederhana).




2 comments:

enaLiF said...

huhu...lpa lak bday afif ari 2...
sowi2...epi bday afif..=)

ila said...

cikna ni mmg.. dok tgu la jugak.. napa x wish ni.. huhuhu..