Friday, September 17, 2010

Rose Tart


Ini plak kuey ke2 i wat.. serius mmg ghenyah gler.. susah sesangat.. sangat2 memerlukan kesabaran yg tinggi.. tp hasilnya memuaskan.. sedap & cantik.. recipe ni pun i korek dr dapur CMG gak.. dia siap guling2 atas lantai nak siapkan cookies ni.. i kira ok lg la.. menten je.. tp x la secantik yg dia buat.. bantai je.. bila masuk perut.. hancur seghupa tu jgk... zasss....

recipe ni pun C&P 4rm dapuq CMG..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cawan mentega berkualiti tinggi
1/2 cawan majerin (planta)
3/4 cawan gula aising, ayak
1 kuning telur
1 cawan tepung jagung
Tepung gandum secukupnya (kurang lebih 1 3/4 cawan)
1/2 camca teh esen vanilla
Jem strawberry secukupnya
Paper cup saiz kecil secukupnya

CARA MEMBUATNYA:-)
  1. Pukul mentega, margerine dan gula aising hingga bersatu, masukkan kuning telur dan esen vanilla, pukul hingga berkrim. Masukkan tepung jagung dan gaul hingga sebati.
  2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh yang lembut. Canai doh kurang lebih 1/2 cm tebal. Terap dengan acuan bulat berbiku.
  3. Sapu dengan sedikit jam strawberry/raspberry pada permukaan doh yang diterap tadi. Lipat dua setiap doh dan buat macam huruf "U", setiap doh tadi dan cantum, kemaskan dan alihkan ke paper cup. Buat hingga siap.
  4. Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 10 - 15 minit. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
kaedah lipatannya plak sila rujuk direct kt dapuq CMG ye..

No comments: