Thursday, September 3, 2009

Nasi Ayam Belanga

sebenarnya tingin nak mkn ns ayam belanga ni.. aritu masa menjelajah blog my sist.. tertarik hati bila tgk dia msk ni.. so, tgu apa lg.. wt sndr la.. dok tgu dia hntq.. x smpai2 pn.. ishh3.. jgn mare aa k.cik...
ni i C&P je dr blog dia... thanks ek k.cik...

Bahan-bahan:

2 cawan beras

1/2 ekor ayam - dipotong kecil

1 sudu besar minyak bijan

2 sudu besar kicap manis

1 batang serai - dititik2 helas daun pandan - disimpul

air secukupnya untuk merebus ayam dan untuk dijadikan stok masak nasi

2 sudu besar minyak sapi / marjerin

Bahan2 tumbuk:

1cm halia

3 ulas bawang putih

Bahan2 rempah:

3 kuntuk bunga cengkih, 2 kuntum bunga lawang, 1 batang kayu manis, 3 biji buah pelaga, 1/2 - 1 sudu kecil jintan manis, 1/2 - 1 sudu kecil jintan putih

cara:

1. Rebuskan ayam dengan garam dan serai sehingga empuk . Angkat dan toskan

2. Simpan stok ayam untuk memasak nasi

3. Perapkan ayam dengan bahan2 tumbuk, minyak bijan dan kicap manis sekejap

4. Panaskan minyak sapi

5. Tumiskan bahan2 rempah sehingga naik bau

6. Masukkan beras dan kacau rata

7. Kemudian masukkan stok ayam dan kacau rata . Bolehlah ubahkan beras ke dalam rice cooker dan tutupkan

8. Apabila nasi sudah hampir masak bolehlah diletakkan ayam dan daun pandan. Biarkan sebentar dan kacau2kan supaya masak sekata

9. Lebihan stok ayam tadi bolehlah dibuatkan sup

10. Hidangkan dengan sup, kicap cair, kuah cili atau makan begitu saja

No comments: