Monday, March 22, 2010

SIMPLE CHOCOLATE CUPCAKES

19mac2010, ada majlis pertunangan anak sedara i.. tiba2 tgn i ni terasa gatal nak wat cup cake utk hantaran.. so, a day before, bermulala actvity memukul & membaking kek tu.. then pg hari pertunangan bermula la plak activity mendeco cake tu.. sesungguhnya ni 1st time i deco cake tau tak.. mcm x caya je ni hasil tgn i.. tu pun selepas seharian menggoledah dapur org utk cari recepi.. & inilah hasilnyer....

Antara bahan2 yg digunakan u wat chocolate cake..
(recepi i cedok dr rinn... recepi asal maklang azie..)... i C&P je dr dapur k.rinn...

SIMPLE CHOCOLATE CUPCAKES
Bahan-bahan A :
2 cwn tepung serbaguna/tepung gandum
1 cwn serbuk koko
2 tsp baking powder
2 tsp soda bikarbonate
3 tsp serbuk instant nescafe
Secubit garam halus

Bahan-bahan B :
2 cwn gula castor
1 cwn minyak jagung/minyak masak
1 cwn susu cair
3 biji telur

Bahan C :
3/4 cwn air panas

Cara-cara:
1. Di dalam mangkuk pengadun, campurkan semua bahan A yg telah diayak.
2. Di dalam bekas lain, campurkan semua bahan B dan pukul sebati.
3. Putar bahan A perlahan2 sambil dimasukkan bahan B sedikit demi sedikit sambil terus memutar. Lajukan putaran sehingga semua sebati.
4. Tuangkan air panas dan putar sebati.
5. Isikan ke dalam paperliners atau souffler. Bakar pada suhu 175 darj cel selama 20min-25min bergantung kpd oven masing-masing. Jika membakar dlm bentuk sebiji kek, gunakan suhu 160 darj cel selama 60min atau sehingga masak.

and then u topping (buttercream) plak i amik recepi dr myresipi...

Buttercream (resepi asal kembangkempis)

Bahan2:
  1. 250 gm butter/shortening (kalau nak icing putih & lebih tahan panas, guna shortening. tapi, kalau nak lebih sedap, baik guna butterlah).
  2. 125 gm marvello/supertact/krimwell (i guna krimwell)
  3. 125 gm gula aising (kena ayak dulu supaya tak berketul2)

Cara2:-
  1. Pukul butter + marvello hingga putih Ayak gula aising, masukkan ke dlm butter, pukul lg hingga kembang dan putih. Suaikan warna utk hiasan kek.
  2. TIPS : pukul dengan kelajuan minima. makan masalah sket, tapi, insyaallah, icingnya nanti lebih cantik & mudah dilepa.


No comments: