Sunday, November 21, 2010

Bihun sup thai

Musim2 berdiet ni elok aaa mkn food yg bersup2 kan.. so, i skip nasi and gantikan dgn bihun sup ni.. pegh.. mmg best aaa.. recepinya i campuq2 and campak2 jer apa yg rasa nak campak.. and apa yg ada dlm fridge tu.. rasa rempah2 gitu.. ada pedas2 skit... masam2 gitu.. makan plk panas2.. meleleh babe..layan...

Bahan2:-
  1. 2 bj cabai melaka/cili padi *
  2. 3 ulas bwg merah*
  3. 3 ulas bwg putih*
  4. 1 tbs biji ketumbar/rempah biji*
  5. 1 teasp jintan manis* (semua bahan bertanda* diblend dgn sedikit air)
  6. 1tbs myk masak
  7. 1 btg kulit kayu manis
  8. 1 bunga lawang
  9. 1 bj buah pelaga
  10. 2 kuntum bunga cengkih
  11. 1 inci halia diketuk
  12. 1 inci lengkuas diketuk
  13. 2 btg serai diketuk
  14. 1/2 kiub ayam
  15. sotong potong bulat2
  16. ayam potong dadu
  17. bunga lobak
  18. carrot potong bunga
  19. 1 batang saderi dipotong nipis2
  20. segenggam bihun
  21. 1 bj buah tomato dipotong empat
  22. garam secukup rasa
  23. 1 bi perahan limau nipis
cara2:-
  1. panaskan myk
  2. masukkan bhn yg diblend bersama bahan yg diketuk
  3. masukkan kulit kayu nmanis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga
  4. bila dh naik bau, masukkan air
  5. bila air dh mendidih, masukkan ayam and carrot.
  6. bila ayam dh empuk, masukkan sotong, bunga lobak, saderi, garam dan kiub ayam
  7. then masukkan bihun.
  8. bila nk tutup api tu, perahkan jus limau nipis dan masukkan buah tomato.
  9. sedia untuk dihidangkan.

No comments: