Sunday, October 24, 2010

Soto Acheh

1st time i mkn soto ni masa mula2 kawin dulu.. almost 7 years... uuuu.. dah lama gak ek kawin.. ghasa mcm br lg je.. makin hari.. makin sayang.. enchewahhh... mula menggatal la ni.. anyway, back to d story.. masa tu maid my eldest SIL yg masakkan.. mmg jatuh cinta aaa... trus mintak recepi.. serious.. sangaaatttt la sedap.. ikut taste i la.. ni i buat masa menyambut kedatangan kakak sulung i last friday... abg ipaq i smpai tmbh 3 kali.. dok puji meleleh.. kembang la i yg mmg sedia maklum dh kembang ni.. ok... zasss...

Bahan2:-
  1. 1 ekor ayam
  2. 1tbs ketumbar (rempah biji)*
  3. segenggam buah keras*
  4. 1 jr telunjuk kunyit hidup*
  5. 8 ulas bawang merah*
  6. 5 ulas bwg putih*
  7. 3 ini halia diketuk
  8. 3 inci lengkuas diketuk
  9. 5 btg serai diketuk
  10. 8 helai daun limau purut
  11. air secukupnya ( lbh kurang 10mug)
  12. garam secukup rasa
  13. sedikit gula
  14. 1/4 kiub ayam
Kaedah2nya:-
  1. Blend bahan tumis yg bertanda *
  2. tumiskan bahan yang diblend + halia, lengkuas, serai & daun limau purit didalam sedikit minyak sehingga naik bau.
  3. masukkan ayam n kacau dan biarkan seketika.
  4. masukkan air dan masakkan sehingga ayam lembut.
  5. bila ayam dh empuk, masukkan garam, gula dan kiub ayam.
Sesuai digandingkan dengan:-
  1. nasi impit
  2. bihun yang dicelur
  3. suun goreng
  4. isi ayam yg dicarik2
  5. bawang goreng
  6. taugeh dicelur
  7. kacang goreng
  8. daun sup
  9. begedil
  10. cabai kicap

No comments: