Saturday, September 18, 2010

Pari Berbudu

resepi ni i yg wat tp idea asal dr 'org tu' ye.. tiba2 je dia tingin nak makan pari.. nama tu pari berbudu ye.. BUDU..bukan berudu ye... resepi yg sgt mudah.. bukan apa.. disebabkan i ni kan x ghajin sgt.. so msk mende yg simple2 je.. Zass..

Bahan2..
  1. 2 potong ikan pari dikukus
  2. 10 bj cabai melaka dihiris tebal2
  3. 1 ulas bwg besar dihiris tebal2
  4. 3 tbs budu
  5. 1 tbs perah limau nipis
Cara2...
  1. gaulkan bahan 2-5 sehingga sebati.
  2. tuangkan ke atas ikan pari yg dikukus td..
  3. sedia utk dihidangkan...

Ayam goreng mayonis


sebelum ni k.cik i dok ceta la.. dia dok rajin wat recipe ni.. i dengaq mcm tingin nak wat.. tp x smpai seru lg.. the 1 day tu i nekad nak try la.. sesungguhnya.. simple... cepat..and sedap... layan je la..

recepi asal dr myresepi..
tp, i tgk kt blog my sist.
K.cik!!! adk C&P ye..

AYAM GORENG MAYONIS

Bahan-bahan ( 2-3 orang )
8 ketul ayam
1 sudu besar mayonis
1 kiub ayam
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
Lada hitam secukupnya-tumbuk
2 ulas bawang putih-tumbuk
1/2cm halia-tumbuk

Cara-cara:
1. Perap dengan semua bahan-bahan di atas dalam 1/2 jam. Kemudian goreng. Lagi lama perap, lagi sedap. (i perap 2 jam ye)

Friday, September 17, 2010

Rose Tart


Ini plak kuey ke2 i wat.. serius mmg ghenyah gler.. susah sesangat.. sangat2 memerlukan kesabaran yg tinggi.. tp hasilnya memuaskan.. sedap & cantik.. recipe ni pun i korek dr dapur CMG gak.. dia siap guling2 atas lantai nak siapkan cookies ni.. i kira ok lg la.. menten je.. tp x la secantik yg dia buat.. bantai je.. bila masuk perut.. hancur seghupa tu jgk... zasss....

recipe ni pun C&P 4rm dapuq CMG..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cawan mentega berkualiti tinggi
1/2 cawan majerin (planta)
3/4 cawan gula aising, ayak
1 kuning telur
1 cawan tepung jagung
Tepung gandum secukupnya (kurang lebih 1 3/4 cawan)
1/2 camca teh esen vanilla
Jem strawberry secukupnya
Paper cup saiz kecil secukupnya

CARA MEMBUATNYA:-)
  1. Pukul mentega, margerine dan gula aising hingga bersatu, masukkan kuning telur dan esen vanilla, pukul hingga berkrim. Masukkan tepung jagung dan gaul hingga sebati.
  2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh yang lembut. Canai doh kurang lebih 1/2 cm tebal. Terap dengan acuan bulat berbiku.
  3. Sapu dengan sedikit jam strawberry/raspberry pada permukaan doh yang diterap tadi. Lipat dua setiap doh dan buat macam huruf "U", setiap doh tadi dan cantum, kemaskan dan alihkan ke paper cup. Buat hingga siap.
  4. Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 10 - 15 minit. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
kaedah lipatannya plak sila rujuk direct kt dapuq CMG ye..

Suji Salju

Dah masuk raya ke sembilan, i br berkesempatan hapdet kuih raya.. raya sakan eh.. ok, utk 1st cookies yg i buat ni.. i amik recpi dr CMG.. of course la terrrrsangatttt la sedap.. serius.. sedap.. ghugi sapa x cuba.. i buat 2 mgu sblm raya.. smuanya ada 3 balang. tp bila smpai je hr raya ketiga2 balang tu licin... caya aaa.. amin memang suka sesangt kuih ni... i pun suka gak.. hhehe... layan...

Recipe ni i C&P dr dapur CMG ...

BAHAN A :-)
150 g minyak sapi
100 g mentega
100 g gula kastor (mat guna gula aising)
1 camca teh esen vanilla
1 kuning telur

BAHAN B :-)
100 cornflakes, dikisar halus (mat guna"Nestum")
100 g tepung jagung
50 g suji (semolina)

BAHAN C :-)
280 g tepung gandum
Susu tepung secukupnya (mat guna susu "everyday")

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar bahan A hingga sebati. Masukkan semua bahan B dan gaul hingga rata. Tambah tepung gandum sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang boleh dicanai.
  2. Canai doh tadi 1/2 cm dan terap guna acuan kegemran. Buat hingga siap dan bakar dalam oven pada suhu 170C selama 15 - 20 minit.
  3. Biarkan suam dan salut biskut tadi dengan susu tepung. Sejukkan atas jaringan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara...

Wednesday, September 1, 2010

Sambal telur yg x digoreng mahupun direbus

2nd week of ramadhan... blk je dr kg, mmg fridge kosong aaa. korek2.. geledah2.. jumpa la daging skit & telur.. no choice.. benda ni je yg ada... wat la apa yg patut aaa...
tya org tu nak mkn masak lemak or smbal telur.. dia req sambal...
sambal telur ni i ikur ercepi my MIL.. sedap.. chewahh masuk bakul la plak.. dia mcm ala2 kering2 skit & manis2 gitu.. ZASS...

Bahan2:-
  1. 2tbs cili kisar ( i slalu stock up dlm fridge cili kisar ni. just blend 2 genggan cili kering yg direbus hingga lembut + 2 ulas bwg merah + 1 ulas bwg putih + sikit je air).
  2. 1 ulas bwg besar dimayang
  3. 4 ulas bwg putih dimayang
  4. 2tbs - air asam jawa.
  5. 4tbs - myk masak u menumis
  6. sos cili 1 tbs
  7. gula 2 tbs
  8. garam 1 teasp
cara2nya
  1. panaskan myk
  2. tumiskan onion & garlic yg dimayang sehingga naik bau
  3. masukkan cili kisar hingga naik myk
  4. masukkan air asam jawa & gula bisrkan sehingga naik myk
  5. masukkan sos & garam & sedikit air the kaco bg sebati
  6. then perlahankan api... pecahkan telur sibiji demi sibiji
  7. tutup kuali
  8. bila telur dh masuk tutup api & sedia u dihidangkan
daging tu i goreng kunyit je.. ni fav org tu.. then tingin nak makan asidah.. buat la skit.. hehehe..

masak wira

ramadhan kali ni, mmg ghajin gler.. nekad tu x mo p bazaar ramadhan.. setakt ni dh masuk 3rd week of ramadhan mmg x pecah rekod lg.. hebat betoi.. menu ni i wat masa 1st week of ramadhan.. la ni tgh write up my thesis.. so, mmg busy tahap gaban aaa. ada deadline.. tu yg terkejaq siapkan chapter2 ni.. so, mmg x de masa aaa nak hapdet.. ni br je siapkan 6th chapter, tu yg luangkan masa hapdet gak..
ceta pasai masak wira ni kan... ni mak i pya recipe.. radio kedah penah jemput wat bg recipe ni.. ni mmg fav fmly km aaa esp kaluarga b.cik.. smpai tiap kali dia blk kg, mak mesti masakkan recipe ni kt dia.. bahan2 ni i agak2 je coz tiap kali masak cos i main campak2 je.. agak2 je kuantitinya.. LAYAN>>>

bahan2
  1. daging 1/2kg*- dihiris nipis
  2. cili kering dikisar bersama bwg merah - 4tbs*
  3. kicap - 4 tbs*
  4. gula - 2 tbs*
  5. garam - 1 teaspoon*
  6. smua bhan bertanda * diperap at least 2 hr
  7. bwg merah 2 ulas dimayang
  8. bwg putih 2 ulang dimayang
  9. halia 1/2 inci - dihiris nipis
  10. daun kari 2 tangkai
  11. myk masak - 3tbs utk menumis
cara2nya..
  1. tumiskan bwg merah, bwg putih, halia & daun kari dlm myk hingga naik bau.
  2. masukkan bahan2 yg diperap & tambahkan air 3 cawan
  3. masak hingga daging empuk dan kuah menjd pekat.
antara menu lain yg i wat aritu... gulai ayam, cucur jagung.. then k.toh bg plak kurma ayam & roti jala.. meraih gak la meja kami.. hehehe..

Puding Peach Suji


lama gler x hapdet.. busy sesangat.. desert ni i wat sebelum posa lg..tiba2 ngidam nak mkn.. resepi ni i maik dr anak kpd mak njang yg ngasuh anak i dulu.. masa pegi beraya umah dia, dia jamu benda ni.. rasa tu mmg sedap bangat.. so mintk aa recepi.. layan la..

Bahan2
  1. 1 cwn tepung suji
  2. 1 kotak (1L) susu segar- wajib jenama Hl coz ada lemak2 gitu
  3. 1 tin buah peach
  4. 1 box agar2 mangga instant - kalu nk wat sndr pun x pa
  5. 2 tin susu sejat (evaporate milk) - letak dlm fridge
cara2nya
  1. panaskan susu HL tu
  2. bila dh mendidih, masukkan tepung suji
  3. terus kacau hingga pekat dgn api perlhan
  4. kalu x kacau, takut hangit plak
  5. bila dh pekat tu, tutup api & masukkan campuran ni kedlm acuan & ratakan.
  6. susunkan peach yg dipotong nipis ikut kreativiti memasing.
  7. sediakan agar- ikut je step dlm kotak tu.
  8. bila dh larut smua, tuang la kt atas buah peach td.
  9. sejukkan dlm fridge.
  10. bila nk mkn, cedokkan puding td, then tunagkan susu sejat td... pehhh.. mmg sedap bangat...